10 May 2013

Bidadari besi


'Khaulah Al-Azwar', seiring dengan peribadinya yag tangkas dan penuh semangat dalam memastikan kemenangan Islam. ya muslimat! renungkanlah kisah seorang 'bidadari besi' yang prlu kita contohi dalam mengharungi perjuangan yang pasti berkesudahan dgn kemenangan.

Khaulah Al-Azwar seorag pendekar Islam wanita pandai bermain pedang dan sering berperang bersama-sama Rasulullah. Ketaatan dan cintanya pada Allah dan Rasul sungguh luar biasa. Ketiga anaknya mati syahid di medan perang. Dan ia tetap tegar menghadapi kematian anaknya. Hanya sekali ia terlihat sedih ketika mendengar berita kematian anaknya yang terakhir….Ketika ada yang bertanya mengapa ia bersedih, maka jawabannya, saya bersedih karena tidak ada lagi anak yang dapat diajak ikut berperang di jalan Allah….Prajurit perang di masa itu mengenakan pakaian lengkap jubah dengan penutup kepala dan muka tertutup kain. Banyak yang menyangka Khaulah al Azwa adalah laki laki karena kepandaian dan ketangkasan serta keberaniannya di medan perang sungguh luar biasa…

Khaulah Al-Azwar merupakan seorang wanita yang hidup di zaman Sahabat RA. Beliau adik kepada Zirar Al-Azwar yang kehandalannya di medan perang sememangnya tidak asing bagi pencinta sirah Islam. Skil & teknik bertempur ini turut diwariskan kepada Khaulah oleh ayahnya Al-Azwar. Khaulah lantas menjadi seorang wanita yang mahir berpedang dan berkuda. Episod-episod penglibatan Khaulah dalam perang-perang Islam tercatat dalam Maghazi Rasulullah SAW hasil kompilasi Muhammad bin Umar Al-Waqidi Al-Aslami. Dalam perang Yarmuk, perang utama yang menjadi pembuka Syam, beliau menjadi salah seorang yang menonjol atau memimpin kaum wanita yang turut serta terlibat. Bahkan, beliau turut mengalami kecederaan di kepala dalam peperangan yang sangat bersejarah itu.

Namun, kisah kehandalannya bertempur yang paling masyhur adalah dalam satu operasi tentera Muslimin untuk menyelamatkan saudaranya Zirar yang telah ditawan tentera Rom sewaktu satu penggempuran di sekitar Damascus. Lantas, Khaulah telah turut serta dalam operasi tersebut. Dengan berpakaian hitam, serban hijau dan menggunakan skarfnya sebagai topeng, beliau yang menyertai pasukan Khalid bin Al-Waleed meluncur laju ke arah musuh, bertempur dengan handal dan cermat; membantu tentera Muslimin yang ketika itu sudah keletihan berlawan. Raafe bin Umaira, panglima skuad sebelum ketibaan Khalid mengungkapkan ketakjubannya , ”Beliau berlawan seperti Khalid, namun jelas beliau bukan Khalid”.

Khaulah mempamerkan kehandalannya berkuda dan bertempur dengan tombak. Beliau meluncur laju ke arah barisan Rom, membunuh seorang dengan tombaknya, lalu meluncur ke arah barisan Rom di bahagian lain dan mencederakan atau membunuh tentera Rom yang lain. Pertempurannya secara solo itu ibarat menjadi satu pertunjukan kepada tentera Muslimin yang lain di samping membangkitkan semangat mereka untuk terus berjuang. Beliau akhirnya mendedahkan identitinya yang pasti mengejutkan sesiapa yang mengetahui (dicatatkan Khalid hampir-hampir terjatuh dari kudanya). Akhirnya, tentera Muslimin, bersama Khaulah berjaya membebaskan panglima Zirar dalam satu operasi serangan berikutnya di Beit Lahiya, Gaza, Palestin.

Keberanian Khaulah sekali lagi terbukti apabila beliau dan beberapa mujahidah lain ditawan dalam peperangan Sahura. Mereka dikurung dan dikawal rapi selama beberapa hari. Walaupun agak mustahil untuk melepaskan diri, namun Khaulah tidak mahu menyerah kalah kerana jiwanya sentiasa hidup. Beliau sering mengeluarkan kata-kata semangat kepada rakan-rakannya.

"Wahai sahabat-sahabatku yang sedang berjuang di di jalan Allah, apakah saudari semua sanggup menjadi tukang-tukang picit orang Rom? Apakah saudari sanggup menjadi hamba orang-orang kafir yang dilaknati? Relakah saudari dihina dan dicaci maki oleh bangsa Rom yang durjana itu? Dimanakah letaknya harga diri saudari sebagai seorang pejuang yang rindukan syurga Allah? Dimanakah letaknya kehormatan saudari sebagai seorang Islam yang bertaqwa? Sesungguhnya mati itu lebih bagi kita daripada menjadi hamba-hamba orang Rom."Khaulah terus menerus membakar semangat rakan-rakannya.

Akhirnya mereka sebulat suara mnentang pengawal-pengawal yang mengawal mereka. Khaulah dan rakan-akannya rela mati syahid jika gagal melarikan diri. Mereka semua bertaubat dan berdoa bersungguh-sungguh agar datangnya bantuan. Sebelum mara Khaulah menyampaikan maklumat kepada rakan-rakannya: "Janganlah saudari sekali-sekali gentar dan takut. Kita semua harus bersatu dalam perjuangan dan jangan ada yang terkecuali. Patahkan tombak mereka, hancurkan pedang mereka, perbanyakkan takbir serta kuatkan hati. Insya"Allah pertolongan Allah sudah dekat."


copy paste from here

~mencari sedikit semangat dan kekuatan daripada sirah2 serikandi terdahulu, ini salah satu daripadanya....subhanaAllah maha suci Allah,sungguh hina diri ini...hanya sedikit cabaran yg ku lalui, aku dah berputus asa dan lemah semangat, sedangkan mereka???Ya Allah ampunkan segala dosa2ku...kuatkan aku Ya Allah, kuatkan semangat ku Ya Allah...




04 May 2013

luahan hati dimusim PRU13

bila diberi nasihat kata nak menghasut, plis la kawan, sy ad tgk sblum ni macam2 pos pasal nak memilih teman hidup sama2 kita share kat fb ni, saya perhatikan semuanya nak yang soleh, yg dapat membimbing ke jannah, yg jujur , yg bertanggungjawab dan sebagainya, tetapi saya pelik kenapa tiba bab nak memilih pemimpin kita seolah-olah butakan mata dan pekakkan telinga...sedang ini juga amat penting untuk kita malah untuk NEGARA...kenapa kita X apply je ciri2 tersebut untuk memilih pemimpin ditambah lagi dgn ciri2 lain yg sewajarnya ad pada seorang pemimpin.....contoh sy senang je, jika diberi pilihan untuk pilih a)suami yg cukup solatnya b)suami kaki botol , sudah kompen2 anda akn memilih (a) kan??? kenapa bila pemimpin a) pemimpin yg ingin melaksanakan ajaran islam b) pemimpin yg menyediakan hiburan yg melalaikan.....saya hairan kenapa masih ad yg memilih b??? maafkan saya sekiranya apa yg saya luahkan ini membuat sapa2 tersinggung...ini hanya luahan saya yg ikhlas dr hati saya....