27 May 2012

Allahu Rabbi..


  • ‎~Allahu Rabbi..
  • ~aku datang di hadapan-Mu dengan hati yang tercela,dengan hati yang sarat dengan beban dan dosa,dengan jiwa yang lemah dan longlai,dengan kekuatan yang pudar,dengan semangat yang tiada tersisa.
  • ~ampunkan aku Ya Allah...
  • ~aku tidak pandai memujuk diri supaya bersabar,aku tidak pandai mendidik diri supaya redha,aku tidak pandai beradab menerima ujian daripada-Mu.
  • ~Allahu Rabbi...
  • ~Engkau yang memberi nikmat bahagia kepadaku,Engkau juga yang memberikan rasa sakit dlm deritaku,
  • ~segala UJIAN dan NIKMAT itu dari-Mu,maka.....kupohon penawarnya Ya Allah,
  • ~hilangkan segala rasa sedih dan sakit hatiku ini,kerana Engkau yang memegang hati hamba-Mu.
  • ~aku tidak yakin pada diriku sendiri,
  • ~oleh itu,,hanya pada-Mulah aku bergantung harap dan serahkan segala pergantungan,
  • ~kerana.....kutahu Engkau tahu memujuk hatiku,membelai jiwaku,dan meniupkan cinta-Mu dalam hatiku.
  • ~kini,,kutagih kasih daripada-Mu,dakaplah aku dalam cinta-Mu,usirlah kesepian dan duka yang sebati dalam hatiku ini,gantikanlah ia dengan cinta-Mu yang LUHUR dan SUCI,cinta-Mu yang Agung dan tidak bertepi.Aameen Ya Rabb..

0 comments: