25 October 2011

syukur

Ya Allah..sesungguhnya aku amat bersyukur dikurniakan org sekeliling yg baik hati dan bnyak membantu...sesungguhnya apa yg aku risaukan xberlaku lg kat bumi arau ni Ya Allah..alhamdulillah..x rasa terasing disini..bersyukur sngat2 sampai terharu..!!!nak nangis je ase...!!!saya amat bertuah sentiasa dikelilingi org2 yg menyayangi saya(yeke??hehe)...wlpn sy mcm ni!!terima kasih semua..!!tQ ALLAH♥

17 October 2011

tau xpe..sob3


nape sedih ntah mlm ni..
mulut kita blh ckp pe je..contohnya.."aku dah xsyg dia la!"
 tp hanya hati kita yg tau prasan sbnr..
benci marah sakit ati bercmpur mnjdi 1!!
aku cuba blaja untuk menerima hanya sbgai kwn baik..nmpknya xberjaya!!
tp yg plg aku kesali aku dah berjanji yg aku xkesah..asal ko bahgia aku pon bahagia..
tp nape hati aku sedih giler saat aku tau ko dah berpunya..
hampir setaun kot aku ajar prasaan aku spya menerima hakikat..
sewaktu jumpa kamu berdua dgnnya..hati aku menangis sndr tau x..
sktnya dada aku tuhan je yg tau...
tp aku blaja untuk tersenyum dpn kalian sbb aku dah berjanji asal ko bahagia aku pon bahagia..
aku bkn manusia yg kejam yg suka melukakan hati org lain...
tp aku tau ko xsalah pon coz ko xtau yg aku syg ko sgt2!!
aku hanya mampu mndoakan kamu dr kejauhan..
moga jodoh kamu kali ni kekal hingga ke jinjang pelamin..
sesungguhnya itu doa ikhlas dr aku..aminn
wlpn ketika menulis entry ni..air mata aku bertakung lagi...T_T

daaaaa


CUKUPLAH AKU MENCINTAI DALAM DIAM ♥

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )



Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )


Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)


If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way


“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)

HZ COPYPASTE FROM ALLAHSEEKER.BLOGSPOT.COM

01 October 2011

charlie o0ooh charlie..


assalamualaikum semua....
perghh...aku ngah stress nieyhh....
bnyak sgt binatang kat umah ni....
Ya Allah bg la aku kesabaran..
uwaaaaaaaaaaaaa....ase nak lari dr arau ni..
sebelum ni kena gigit nyamuk pon aku xblh..ni kena lovebite binatang nama charlie segala..tension dowhhh...citer nye camni..1st week kat sini..badan aku naik merah2,aku pi la farmasi coz time uhh klinik dah tutup...coz kawan aku kata 2 chalie,aku pon xtau charlie 2 ape...pas2 kakak kat farmasi 2 bg aku ubat gatal je..dia kata bukan charlie..2,3 ari pas2 makin teruk..aku p la UK(unit kesihatan uitm arau)..lagi sadis dia kata aku alergic je..so bg cream alergic la...2,3 ari pas2 makin teruk!!merebak dowhh..dah la pedih2,,,ase cam nak nangis weyyy...panas pedih,panas pedih benda ni...mmg la kulit aku ni sensitip..sebab 2 aku xsuka nyamukk..tp kali ni lbh dr 2...gelembung nanah...sakit ati uhh tgk..ase nak bedah buang je bndalah ni...sabar je lah..nak xnak aku naik la PDH aku pi klinik pakar kulit jejawi...sib baik da kawan yg tunjukkn...sob2,g sane..aku tunjuk je..terus dia kata 2 CHARLIE!!!ceh...kena abis duit bnyak gak br tau 2 ape??sengal sungguh..xpe lah an abis duit pon..janji bnda ni da xda..tp ni da semggu uhh..xilang ag...sakit ati plus skt benda ni mmg sedih la kan...nak buat keja pon xda mood......

aku kena charlie ni kat pengelangan tangan au..nak pakai jam pon xboleh..sakit



sebab sakit hati semalaman aku dok uat research sal BINATANG CHARLIE ni...!! ni la hasilnya...



  • Mempunyai saiz kurang daripada 1 cm panjang. Badannya berwarna kuning kemerahan gelap manakala bahagian atas, bawah abdomen dan kepala berwarna gelap. Bahagian tengah abdomen yang berwarna hijau tua mempunyai sepasang sayap keras dikenali sebagai “elitron”. Di bawah sayap keras ini terdapat sepasang sayap lutsinar yang dilipat kemas. Selalunya, kumbang ini kelihatan merangkak dengan pantas di kawasan sekeliling dengan menyembunyikan sayapnya dan sekali pandang ia lebih menyerupai semut. Apabila diganggu kumbang ini akan menaikan bahagian abdomen supaya kelihatan seperti kalajengking untuk menakutkan musuh.binatang ni biasa ad dkt kwsn sawah padi n pokok klap sawit..binatang ni pon da musim gak..aish mcm2 la charlie ni
  • Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai ‘pederin’ (C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya. Persentuhan dengan kumbang ini semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai ‘dermatitis linearis’, ‘paederus (kumbang rove/ staphylinidae) dermatitis’, ‘whiplash dermatitis’ dan sebagainya.
  • nie pic binatang charlie ni 


setahu aku benda meninggalkan parut..perghh....seram je bunyi...xkisah la parut or x..janji sembuh n xkena lagi...sob3

daaaaaa